Kewujudan serangga anai-anai ataupun lebih dikenali sebagai serangga perosak kayu seringkali membawa masalah kepada orang ramai, terutama sekali pada mereka yang tinggal di rumah kayu, atau mempunyai perabot yang diperbuat daripada kayu. Hal ini demikian kerana satu koloni anai-anai mempunyai kebolehan untuk mencari makanan sehingga 100 meter di sekitar sarangnya dan mampu menyerang bangunan yang tinggi. Spesies anai-anai yang sering dijumpai di Malaysia ialah Coptotermis sp.
Servis Kawalan Anai-anai
Menghapuskan Anai-Anai
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengenal pasti tanda-tanda anai-anai telah mencerobohi rumah anda. Misalnya, warna kayu berubah dari warna coklat gelap kepada coklat cair. Selain itu, akan wujudnya laluan anai-anai yang bermula dari perabot kayu, rangka pintu kayu atau tingkap. Laluan anai-anai ini kebiasaannya mempunyai kelebaran seperti sebatang pensel. Seterusnya, kewujudan kalkatu yang beterbangan merupakan tanda jelas yang anai-anai sudah berada di dalam rumah anda. Akhir sekali, tanda kewujudan anai-anai ialah terdapat rekahan atau lubang pada bahagian kayu di rumah anda. Anda boleh periksa dengan mengetuk perlahan pada kawasan kayu dengan menggunakan pemutar skru dan perhatikan sekiranya terdapat perbezaan bunyi atau terjumpa selut berpasir di kawasan rekahan itu.
Masalah anai-anai haruslah dikawal dan dihapuskan dengan serta-merta agar masalah yang lebih besar dapat dielakkan. Masalah ini dapat ditangani dengan mengupah mereka yang pakar dalam servis kawalan anai-anai.
Servis Kawalan Anai-Anai Profesional
Kami menyediakan servis kawalan anai-anai yang berkesan dengan harga yang berpatutan. Antara servis kawalan anai-anai yang kami tawarkan adalah; membunuh anai-anai dengan semburan setempat, rawatan pengumpanan anai-anai, dan rawatan sempadan cecair kimia. Dengan menggunakan teknik semburan setempat, anai-anai akan dibunuh dengan menggunakan bahan kimia yang disembur pada kawan serangan anai-anai. Walaupun teknik ini berkesan untuk menghapuskan anai-anai di sesebuah kawasan, ia tidak dapat mencegah anai-anai yang terdapat di kawasan lain.
Lindungi Harta Anda
Rumah dan harta anda akan dilindungi dengan menggunakan rawatan pengumpanan anai-anai kerana teknik ini bukan sahaja difokuskan di satu kawasan tetapi di seluruh kawasan infestasi anai-anai. Umpan anai-anai akan dipasang di kawasan mereka mencari makanan dan sekaligus dapat mengeksploitasi habitat mereka. Bahan aktif dalam umpan anai-anai ini akan dapat menghentikan kebolehan mereka untuk ‘salin kulit’.
Selain dari mengawal anai-anai yang sudah wujud, ia juga penting untuk mencegah anai-anai pada peringkat awal. Ini dapat dilakukan dengan membuat rawatan sempadan cecair kimia di sekitar premis kediaman anda. Teknik ini melibatkan penggerudian lubang dan suntikan cecair kimia ke dalam lubang tersebut dan akan mewujudkan sempadan antara struktur tanah dan bangunan. Cecair kimia tersebut akan meliputi badan anai-anai dan akan disebarkan kepada seluruh koloni melalui sentuhan fizikal.