Cara Membunuh Anai-Anai Di Rumah

cara membunuh anai anai

Cara Menghapuskan Anai-Anai Di Rumah

Bayangkan setelah bekerja keras bertahun lamanya, anda mampu memiliki rumah idaman yang selesa. Rumah itu kemudiannya dilengkapkan dengan perabot kayu serba baru, penghawa dingin dan peralatan elektrik.

Setelah beberapa lama, perabot kayu mahal mula berubah warna. Lantai parquet pula bertukar menjadi coklat gelap kekuningan. Serpihan kulit kayu mula bertaburan merata-rata.

Apabila diperiksa, anda dapati anai-anai telah menyerang perabot dan rumah anda. Kini anda baru terfikir cara menghapuskan anai-anai? Usah risau, artikel ini boleh membantu anda. Teruskan membaca.

Mengapa Anda Perlu Risau Dengan Anai-Anai

Manusia perlukan makanan untuk hidup. Secara fitrahnhya , manusia akan mendiami tempat berhampiran dengan sumber makanan. Sama seperti manusia, anai-anai juga perlu dan akan mencari makanan. Bezanya? Makanan anai-anai adalah kayu.

Kayu mengandungi selulosa yang diperlukan anai-anai sebagai nutrien makanan. Tidak kira kayu reput atau teguh, pokoknya anai-anai akan terus mencari sumber makanan, iaitu kayu.

Oleh sebab sarang anai-anai boleh dibina sedalam 10 kaki, sukar untuk anda tahu jika tidak diperiksa betul-betul dicelah-celah perabot kayu. Selain kerosakan perabot, anai-anai juga mampu merosakkan wang ringgit (wang tunai, bukan nilai kerosakan) seperti kejadian begini.

Kini sudah tahu mengapa anda perlu risau dan cari cara untuk menghapuskan anai-anai?

Cara Menghapuskan Anai-Anai

Gunakan Asid Borik

Kenal pasti laluan anai-anai dan juga perabot kayu yang menjadi mangsa kerakusan mereka, taburkan serbuk asid borik pada permukaannya. Jika anda jumpa lubang anai-anai lebih bagus.

Asid borik adalah bahan utama kebanyakkan racun kimia anai-anai. Asid ini akan melumpuhkan sistem saraf anai-anai dan terus mematikannya. Asid borik sangat efektif untuk menghapuskan anai-anai

Kapur Sirih

Siramkan air kapur sirih secara kerap ke atas laluan anai-anai dan juga permukaan kayu. Mengapa air kapur sirih berkesan? Jawapannya kerana kapur bersifat panas. Syukur anai-anai hanya mempunyai sesungut yang keras tetapi kulit anai-anai sangat nipis.mKepanasan kapur mampu membakar anai-anai.

Garam Dapur

Taburkan garam di laluan anai-anai. Lebih bagus jika garam dilarukatn dan air larutan dijirus di kawasan yang diserang anai-anai. Biarkan semalaman.

Air Basuhan Beras

Cara ini agak mudah memandangkan hampir setiap hari kita lakukan perkara ini. Air basuhan beras mampu membunuh anai-anai. Simpan air basuhan pertama dan siramkan ke atas laluan anai-anai. Biarkan semalaman dan lihat kesannya. Mudah bukan?

Tembakau

Dapatkan tembakau dikedai runcit di kawasan rumah anda. Kemudian rendamkan di dalam air untuk menjadi larutan. Jirus atau siramkan larutan termbakau itu pada kayu yang diserang atau sarang anai-anai (jika jumpa). Biarkan semalaman, Larutan tembakau boleh membunuh anai-anai.

Rumah Saya Bersimen Sepenuhnya, Pasti Selamat Serangan Anai-Anai

Jangan terlalu yakin.

Meskipun anai-anai tidak boleh merosakkan simen dan konkrit, anai-anai masih boleh membuat sarang kawasan seperti ruang pendawaian elektrik dan corong paip. Bayangkan apa akan berlaku kalau anai-anai mampu menggigit dan menghadam simen dan konkrit? Nasib baik tak boleh.

Rekahan di dalam dinding adalah kawasan sempurna untuk anai-anai membiak. Apa sahaja yang menghalang laluan untuk mendapatkan sumber makanan mereka (kayu) contohnya plastik, akan dimakan anai-anai.

Kawasan berhampiran dengan penghawa dingin juga berisiko untuk diserang atau sesuai dijadikan sarang anai-anai. Penghawa dingin akan mengeluarkan air dan menjadikan kawasan sekitarnya lembab. Anai-anai perlukan kelembapan dan tempat gelap untuk hidup dengan selesa.

Selagi rumah anda terdapat kayu perabot, selagi itu rumah anda ada selulosa. Maka selagi itulah ancaman anai-anai masih ada, kecuali anda temui cara menghapuskan anai-anai dan menghancurkan koloni anai-anai di dalam rumah.

Lindungilah Rumah Anda!

Serangan anai-anai perlu dikesan diperingkat awal ataupun dirawat dengan segera apabila rumah anda diserang.

Anai-anai mampu merosakkan struktur rumah dan perabot-perabot mahal anda. Anda perlu bertindak segera atau hubungi syarikat kawalan serangga perosak untuk penghapusan lebih menyeluruh. Cuma, kos yang perlu keluarkan lebih tinggi daripada buat sendiri.